Tuesday, June 30, 2009

Sekian Sahaja

Sekian sahaja sampai masa
Sekelip mata sudah tiada
Segar saat waktu ketika
Sukar berpisah sering bersama

Sekian sahaja alam nyata
Hitam manis putih suka
Pahit duka nikmat rasa
Lara luka azimat jiwa

Sekian sahaja riwayat cinta
Mangga kasih kunci pusaka
Resap tari lagu bernyawa
Bebas rindu mekar membara

Sekian sahaja selamat abadi
Sampaikan doa usah tangisi
Terkilan terdetik gugur dihati
Akur yang pergi ada kembali

Monday, June 29, 2009

Hadapan Jaya Belakang Jaga

Baris hadapan gah berangan
Lagak rupawan bak di awan
Lupa belakang tulang rawan
Seri menawan padu sokongan

Lumrah mula janji belaka
Kemaruk kuasa luar biasa
Pandang belakang sebelah mata
Sedia kudrat nilai berharga

Hadapan belakang terpisah jurang
Belakang mara bagai pejuang
Hadapan temberang cari peluang
Habis madu sepah dibuang

Demi hadapan dilambung hebat
Belakang setia perah keringat
Tanpa prasangka tiada penat
Tak minta dihormat cukup diingat

Mohon berpijak di bumi nyata
Tersilap teguran diambil kira
Seia sekata saksama merasa
Hadapan jaya belakang jaga

Wednesday, June 24, 2009

PUAS Kuasa Dua

Kau ingat kau ganas
Hakikatnya kau buas
Kau ingat aku panas
Hakikatnya aku keras

Kau ingat kau raja
Hakikatnya kau haloba
Kau ingat aku mangsa
Hakikatnya aku PUAS Kuasa Dua

Bukan aku yang rimas
Orang lain yang lemas
Konon kau ade klass
Harap atas bawah kipas

Kau tahap cakap besar
Kosong isi propaganda
Aku tersenarai dalam carta
Layak bertaraf extravaganza

Apa kau tak tahu
Sini kasi baru tahu
Setakat dabik dada
Jangan harap kekal lama
Kau silap buat buat tak tahu
Jangan sembunyi tangan baling batu
Kau timbun sampah lambat laun makan sumpah

Beringat bertumit ada sempadan
Sebelum tersungkur jatuh pengsan
Tutur perlahan jauh kedengaran
Tak waras fikiran kabur pandangan

Telunjuk digari riak terkunci
Cerdik pandai untung tak rugi
Hormat timbul datang sendiri
Luntur keji budi terpuji

Tuesday, June 23, 2009

3 Kamus Terbuka

Satu coretan mengukir lakaran
Dua tersimpan penuh kenangan
Tiga harapan berpanjangan

Satu persinggahan mendamaikan
Dua keindahan kehidupan
Tiga kebahgiaan impian

Sedalam hati kita merasa
Hanya Dia mengerti
Sekeliling sekadar membaca
Hampir semua terlaksana
Sepenuhnya sukar dinyata

Sedikit getir tawa menjelma
Imbas kembali mewah segala
Tiada berparut mana airmata
Hilang cela harum bersama

Kamus satu pencarian
Kamus dua pertimbangan
Kamus tiga kematangan
Kian Arif di genggaman

Lain kisah seakan serupa
Olah tafsiran kurang sama
Gaya bahasa tukar cara
Kamus terbuka merungkai makna

Sunday, June 21, 2009

TANDA TANYA CINTA

APA TANYA TANYA
SUKA CAKAP SUKA
TANYA TANDA CINTA
TANPA DUKA LARA

NAMPAK NAMPAK DIA
TENGOK TENGOK AKU
TANYA AKU DIA
TANYA DIA AKU

SIMPAN SIMPAN MALU
SOROK SOROK RINDU
BUANG BUANG WAKTU
RUGI RUGI TUNGGU

TANDA TANYA CINTA
DOLAK DALIH JIWA
LEGA HATI TERIMA
TANDA KASIH SEMPURNA

TIADA RASA ADA

ADA RASA TIADA
RASA ADA TIADA
RASA RASA ADA
TAPI TIADA RASA

Antara Ada & Tiada
Sesuatu tersirat
Berbeda firasat
Hikmah tersurat

Bila Ada, Lihat
Bila Tiada, Ingat
Bila Lihat, rasa dekat
Walau dekat, tapi jauh

Bila ingat, rasa rapat
Walau jauh, tapi erat
Doa ADA, terus Kekal
Walau TIADA, tiada Kesal

Thursday, June 4, 2009

GG punya kes!

Bukan Man Belon yang punya atau dafi baek punyer...
ini blog GG punya!
Bukan nama sebenar, nama penuh panjang sweet katenyer...
bak empunya!
Bukan ciptaan populariti, singkat senang ingat...
GG panggilan sejak azali!
Jijie, Ggee, Gigie, gee gee...ejaan jadi isu pula! Janji sebut betul2,
huruf 'G' dua kali!
GG apa maksudnya? Kontroversi juga...Gila-gila mm "Gorjes Geliga"...
Watever! yang penting bukan Giler Glamer...
memadai GG cukup familiar!